Syazwani On 10 February 2016

BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM……

Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini. Saya yang mendapat peluang menjalani latihan industri di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, Ipoh Perak, dan seterusnya menamatkan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berharap semoga dengan adanya laporan akhir terbitan kreatif ini dapat memberi serba sedikit penerangan yang jelas tentang apa yang telah saya lalui semasa menjalani latihan industri.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang bermurah hati meluangkan masa dan mengerah tenaga dalam menyiapkan laporan terbitan kreatif ini terutamanya kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara yang telah banyak memberi tunjuk ajar di setiap bahagian yang telah saya jalani di Pejabat Pendidikan Daerah

Akhir sekali saya ingin memohon berbanyak kemaafan seandainya terdapat sebarang kelemahan kerana yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari Allah s.w.t. juga tetapi dilakukan oleh saya, insan yang lemah. Apa jua ulasan dan komen adalah bertujuan untuk membaiki kelemahan bagi kebaikan semua pihak. Semoga ianya dapat memberikan manfaat bersama dan kenangan bagi saya ketika menjalani latihan industri ini.

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.