- Home »
- KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Windows 8 UI > Desgined By. Renadel Dapize
Syazwani
On 10 February 2016
Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar.
Setiap pelajar yang mengambil sesuatu kursus di politeknik adalah pengkhususan dalam bidangnya. Contoh pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat mempunyai tiga kursus yang ditawarkan seperti pengatucaraan, rangkaiaan dan game teknologi. Begitu juga dalam sesuatu firma, klasifikasi ini diikuti dengan pembahagian jabatan, contohnya jabatan pentadbiran, jabatan teknologi maklumat dan lain-lain.
Klasifikasi ini adalah untuk lanjutan kepada pelajar untuk bidang yang dipelajari sewaktu di kolej. Pengkhususan ini adalah sub kepentingan latihan industri kepada pelajar. Diantara lain-lain kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah:
a. Membuka
minda pelajar tentang alam pekerjaan.
Dunia pembelajaran adalah luas dan tidak terkongkong hanya
dibangku sekolah. Dengan peluang ini pihak politeknik telah mengambil inisiatif
untuk mendedahkan pelajar dengan situasi pembelajaran di sesebuah syarikat atau
firma.pentingnya adalah pelajar ini mempunyai idea yang luas tentang aspek
pembelajaran yang akan digunapakai kelak.
b. Para
graduan baru mempunyai pakej pengalaman bekerja.
Dimana-mana sahaja sekarang para graduan lahir bak cendawan
tumbuh selepas hujan. Namun adakah pelajar-pelajar ini benar-benar berkualiti
setanding dengan kuantitinya? Ada pihak university dan pihak kolej masih
membekalkan “project paper” untuk
pelajar-pelajarnya berbanding latihan industri. Bagi graduan dari politeknik,
kami mempunyai pakej pengalaman bekerja setelah tamat belajar kelak. Dan inilah
kepentingan latihan industri membekalkan pengalaman bekerja untuk para pelajar.
c. Pendedahan kepada kenyataan.
Jika di
dalam kelas pembelajaran hanya pada teori tetapi apabila memasuki alam
pekerjaan, keadaan bertukar kepada keadaan sebenar atau lebih kepada bahagian
teknikal. Contoh pelajar teknologi maklumat, di dalam makmal computer-komputer
cuma komponen atau bahagian yang kecil sahaja tetapi apabila dipejabat,bilangan
komputernya yang dijalankan lebih banyak dan berkuasa besar.
d. Kaitan teori dan praktikal.
Latihan
industri membolehkan pelajar mengaitkan teori kepada praktikal dan sebaliknya.
Sebagai pelajar, toeri dan praktikal adalah dua perkara yang sama penting.
Apabila teori yang dipelajari adalah secara lisan atau bertulis, berlainan pula
dengan praktikal ianya merupakan satu gerak kerja atau tatacara melakukan atau
melaksanakan pengetahuan dari toeri kepada praktikal.
Kesimpulannya, para pelajar adalah digalakkan untuk mencuba mempraktikkan setiap pengetahuan sekali gus mempelajari perkara yang baru. Ini membolehkan majikan melihat sendiri kebolehan yang sedia ada sewaktu menjalani latihan dan dengan sendirinya akan memperkukuhkan kebolehan dalaman pelajar itu dari pelbagai aspek. Contohnya dari segi komunikasi, pengurusan masa, ketepatan dan kepatuhan menerima dan melaksanakan arahan.
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.