Syazwani On 10 February 2016



Sepanjang menjalani latihan industri di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, saya telah didedahkan dengan pelbagai pegalaman dan rintangan dalam mendalami ilmu pengetahuan terutamanya dalam menyesuaikan diri untuk menghadapi alam pekerjaan suatu hari nanti. Pengalaman yang saya perolehi ini adalah lebih daripada apa yang saya harapkan. Oleh itu, saya berharap agar segala pengalaman dan ilmu pengetahuan ini dapat saya gunakan untuk masa hadapan. Melalui pemerhatian saya, kemahiran komunikasi merupakan satu asset yang penting untuk setiap individu dan merupakan kelebihan baginya dalam persaingan di alam pekerjaan. Ia juga merupakan langkah yang paling baik bagi semua pelajar dalam menjalani latihan industri ini.


Semasa menjalani latihan industri ini, saya telah mempelajari tentang:-

  • Bagaimana sistem aplikasi yang dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
  • Memantapkan kemahiran berkomunikasi




Pada kesimpulannya, latihan industri sememangnya program yang amat baik dan dapat melahirkan potensi kepada pelajar untuk lebih berkualiti di dalam bidang yang mereka ingin ceburi pada masa kini. Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik iaitu saling bantu - membantu dan berkerjasama di sepanjang saya menjalani latihan industri.

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.