Syazwani On 10 February 2016





Pengenalan

Di sebabkan pembelajaran dan pekerjaan merupakan dua perkara yang berbeza, jadi timbul pelbagai masalah untuk menghadapi situasi ini.


Antara masalah-masalah yang dihadapi sepanjang menjalani latihan industri ini boleh dilihat dari semua pihak iaitu pihak Pejabat Pendidikan Daerah , pihak Politeknik Balik Pulau dan pelajar itu sendiri. Namun apa yang penting masalah ini akan kita pandang dari sudut positif dan pemangkin untuk para pelajar itu sendiri untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih produktif kelak

Masalah yang timbul dari : 

Pihak organisasi,
  • Mempunyai ruangan yang terhad.
Terdapat ruangan bekerja yang sempit membuatkan ruang tempat bekerja kelihatan sesak apabila ramai tetamu datang berjumpa dengan pegawai. Tiada tempat untuk menyimpan kabel-kabel seperti kabel printer, dan sebagainya menyebabkan keadaan di atas meja berselerak. Selain itu tiada tempat untuk melatak file yang sementara kerana ai kelihatan berselerak, tetapi mereka munggunakan kotak terpakai untuk meletakkan fail fail yang banyak itu.
.

Pihak Politeknik,
  • Kehadiran pensyarah dari bidang yang berlainan.
Memandangkan terdapat para pelajar politeknik yang menjalani latihan industri secara serentak, jadi kebanyakan pihak politeknik menghantar pensyarah-pensyarah untuk melawati pelajar. Pensyarah yang datang bukannya daripada latar belakang atau bidang yang saya ceburi di politeknik. Contohnya, saya adalah pelajar dari bidang PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN), tetapi pensyarah yang hadir adalah pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan awam . Perkara ini akan membuatkan komunikasi antara penyelia dan pensyarah agak terbantut kerana pensyarah tersebut  tidak memahami tentang selok-belok dalam bidang pengaturcaraan. Saya mempunyai pendapat yang tersendiri dan jika kehadiran pensyarah dari bidang yang sama, ini akan menunjukkan minat dan sokongan dari pihak politeknik untuk pelajarnya menjalani latihan di Majlis Perbandaran Teluk Intan memandangkan Majlis Pebandaran Teluk Intan mungkin merupakan satu tempat yang ideal untuk para pelajar politeknik menjalani latihan disini kelak.

Pelajar,
  • Buat hal sendiri.
Setelah selesai menlakukan  sesuatu kerja, saya dapati pelajar banyak membuat hal sendiri dan tidak berusaha mencari ilmu yang lain ini menyebabkan banyak masa yang telah terbuang dan ada juga pihak staff selalu menyuruh pelajar tersebut melakukan sesuatu luar dari bidangnya.

  • Bersikap inisiatif.
Memandangkan tugas dan spesifikasi kerja telah ada, maka saya hanya melakukan apa yang tersedia. Ini membuatkan saya sukar untuk mengubah apa jua piawaian yang ada. Melainkan untuk tugasan baru, maka idea saya diperlukan. Tetapi keadaan kerja yang memerlukan idea daripada pelajar adalah sedikit bilangannya.


  Cadangan Untuk Memperbaiki Latihan

Seperti yang telah diberitahu, pelbagai masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan industri ini. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi memudahkan pelajar-pelajar lain dalam menjalani latihan ini. Cadangan saya untuk memperbaiki latihan ini ialah:

  • Pihak Politeknik
Untuk pihak politeknik, saya mencadangkan supaya mengadakan beberapa program seperti mengajar sistem-sistem komputer yang digunakan oleh pihak-pihak syarikat masa kini seperti sistem dan perincian yang digunakan oleh syarikat atau firma. Walaupun masih ditahap diploma, perkara ini perlu dititikberatkan kerana ianya sangat berguna kepada para pelajar di samping ianya juga dapat melambangkan hasil usaha pihak Politeknik amnya.

Pihak politeknik juga perlu terus mengadakan program latihan industri ini bagi membuka minda para pelajar bagaimana untuk menceburkan diri di dalam dunia pekerjaan kelak. Dengan itu para pelajar dari Politeknik tidak akan termanggu-manggu dan pandai menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan dimana alam ini amat berbeza berbanding dengan alam persekolahan dan di politeknik khususnya.

  • Pihak Pejabat Pendidikan Daerah.
Telah banyak tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara untuk memenuhi kebajikan para pelajar praktikalnya. Untuk syarikat saya mencadangkan supaya dapat memberi kemudahan para pelajar praktikal seperti menyediakan rak untuk meletak fail fail yang bertimbun, supaya tempat untuk melakukan kerja dalam keadaan kemas dan teratur

  • Pelajar,
Cadangan dan nasihat ini saya khususkan untuk diri saya sendiri dan pelajar-pelajar yang membaca laporan saya ini. Bukan untuk memandai sekadar memberi tips berguna pada anda kelak.

Pertama sekali, pelajar haruslah bersikap lebih terbuka dalam menjalani latihan industri walau dimana anda jua berada. Kerana pemikiran kita banyak mempengaruhi tindakan kita selanjutnya.

Kedua, perasaan saling hormat-menghormati juga amat penting. Mereka yang terdiri dari pihak syarikat adalah berusia dalam lingkungan seusia abang dan kakak serta ada yang seusia emak dan ayah kita. Tetapi ada batasannya kerana kita juga perlu ada harga diri.

Ketiga, keadaan diri kita yang perlu banyak bertanya. Tidak kira sesama rakan yang sama menjalani latihan atau kakitangan di syarikat tersebut. Jangan sesekali malu untuk bertanya, kerja yang perlu kita buat.

Keempat, perasaan merendah diri. Disana anda adalah pelajar dan ada dalam kakitangan yang pelbagai ragam. Dan anda sebagai pelajar sentiasa perlulah merendah diri tapi jangan sampai dipijak.

Kelima, jangan suka mencampuri gossip-gosip liar. Ini hakikat walau dimana anda berada. Kerana ini akan menarik anda ke satu kumpulan dimana kelak anda akan dipulaukan.

Keenam ialah disiplin, sedari kita di bangku sekolah lagi disiplin diri adalah amat penting. Jangan sesekali kita melanggar adat dan peraturan di syarikat tersebut. Begitulah bak kata pepatah “masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum”.

Ketujuh, hakikat anda seorang pelajar. Bertepatan anda adalah seorang yang datang untuk belajar maka tetapkan matlamat dan niat anda datang ke syarikat tersebut.

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.