Syazwani On 10 February 2016



Apabila tamat menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan menyediakan satu laporan akhir. Laporan ini akan dikepil serahkan kepada politeknik masing-masing untuk tujuan pemeriksaan. Laporan ini merupakan fasa ketiga dalam menjalani latihan industri sebelum peringkat-peringkat terakhir selanjutnya.

Objektif laporan ini disediakan adalah bertujuan untuk:
  • Mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  • Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
  • Membolehkan pelajar mengaitkan teori kepada praktikal dan sebaliknya.
  • Mengamalkan peratura-peraturan keselamatan dalam industri.
  • Menanamkan sifat amanah dan bertanggungjawab.
  • Membina keyakinan diri.
  • Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di industri.
  • Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
  • Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
  • Menilai keupayaan diri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada orang atasan.

Objektif laporan industri ini diadakan ialah dapat mendedahkan pelajar-pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar di samping belajar mencari ilmu pengetahuan dan memberi peluang pada pelajar untuk menunjukkan potensi kerja di suatu firma. Keadaan ini boleh membentuk dan menanam sifat berani melakukan kerja itu serta menambah minat dalam membuat kerja. Selain itu, latihan industri membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari di politeknik seterusnya dapat menggabungkan dengan aspek-aspek praktikkan iaitu melakukan sendiri.

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.