Syazwani On 10 February 2016





Objektif latihan industri seperti berikut :


a. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.

  • Dapat melatih pelajar menyesuaikan diri dengan situasi sebenar alam pekerjaan. Mereka juga dapat menimba ilmu dan pengetahuan baru. Contoh dalam bidang teknologi maklumat, jika sewaktu di dalam kelas, kebanyakkannya adalah teori dan pembacaan tetapi apabila menjalani latihan industri kita dapat melakukan secara praktikal.
b. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek praktikal atau sebaliknya.
  • Sewaktu menjalani latihan industri, pelajar-pelajar akan cuba mengingati matapelajaran yang pernah dipelajari untuk diaplikasikan dengan tugas yang diamanatkan. Contohnya bagaimana pelajar mengingati terma-terma dalam bidang teknologi maklumat.
c. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
  • Bermula dari waktu belajar lagi, setiap pelajar didedahkan kerja berpasukan. Cuma ketika menjalani latihan industri pelajar perlu lebih banyak mendengar dan mengeluarkan pendapat apabila perlu. Ketila ini pelajar akan mempelajari menghormati setiap pendapat dan mendalami setiap gelagat tenaga kerja. 
d. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
  • Aspek ini adalah berbeza, tetapi dapat dilihat dari 1 perspektif yang sama. Contohnya, saya perlu melakukan dokumen produk. Setiap maklumat perlu tepat dan betul. Di sini saya perlu yakin dengan diri saya terhadap tanggungjawab yang diberi selaras dengan masa yang diberi. 
e. Mengamalkan peraturan keselamatan di dalam industri.
  • Jika di Politeknik, kita perlu mematuhi peraturan akta Politeknik dan Universiti. Begitu juga ketika bekerja, syarikat atau sesebuah firma mempunyai peraturan tersendiri. Cuma ada penambahan dari segi polisi syarikat. 
f. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik.
  • Selain daripada menjalani latihan bekerja, pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap berhubung pengalaman ketika menjalani latihan di syarikat yang dipilih. Penyediaan laporan ini melengkapkan lagi latihan industri dari segi gaya penulisan yang cemerlang. 
g. Lain-lain matlamat dan objektif yang memfokus kepada semua pihak.
  • Dengan itu, matlamat atau objektif latihan industri ini boleh dilihat dari sudut Politeknik, Jabatan Teknologi Maklumat, Elekko Enterprise, pensyarah, masyarakat luar dan diri pelajar sendiri.


POLITEKNIK BALIK PULAU

  • Meningkatkan imej Politeknik daripada prestasi cemerlang yang di tunjukkan oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri di Jabatan Kerajaan ataupun Firma Swasta. 
  • Merapatkan perhubungan komunikasi Institusi Pengajian Tinggi dengan organisasi luar baik dari sektor awam mahupun swasta. 
  • Masyarakat umum akan mampu menilai kemampuan Politeknik menjaga taraf akademik dan tahap pencapaiannya. 
  • Mengharapkan para pelajar dapat menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran di Politeknik untuk memperolehi pengalaman di sesebuah organisasi. 
  • Meyakinkan pihak Politeknik dalam usahanya untuk melahirkan para gradua yang bukan hanya mempunyai kelulusan dalam teori tetapi juga praktikalnya. 


JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Membolehkan para pelajar mengalami dan merasai keadaan sebenar kerjaya mereka di alam pekerjaan jurusan teknologi maklumat. 
  • Menguji sejauh mana ketahanan dan kemampuan pelajar setelah dibekalkan dengan ilmu-ilmu untuk menghadapi masalah dan suasana bekerja di dalam bidang teknologi maklumat. 
  • Menilai apakah bidang pembelajaran yang disusun oleh pihak Politeknik dan Jabatan teknologi maklumat dapat memenuhi kehendak akademik dan kerjaya semasa. 
  • Mengenalpasti masalah-masalah yang timbul kepada pelajar semasa membuat latihan dan ketika berurusan dengan pihak luar. 
  • Membolehkan pihak jabatan membuat hubungan secara tidak langsung dengan organisasi di mana pelajar ditempatkan. 
  • Membuka peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar di organisasi tempat latihan setelah tamat latihan kelak. 
  • Dapat memperbaiki serta meningkatkan program Latihan Industri dengan mengkaji komen dan cadangan dalam Laporan Latihan Industri. 



PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)

  • Mengeratkan hubungan diantara Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dengan pihak Politeknik Balik Pulau dan Jabatan teknologi maklumat agar terjalin tindak balas berguna bagi kesemua pihak. 
  • Memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada pelajar serta mendedahkan keadaan sebenar berkaitan dengan pengurusan serta struktur organisasi. 
  • Mendapat idea-idea baru, menarik serta kreatif daripada pelajar dalam meningkatkan lagi mutu kerjaya. 
  • Pengambilan pelajar dapat mengurangkan beban kerja kakitangan di samping memberi peluang para pelajar menunjukkan kebolehan meraka. 


PENSYARAH

  • Mendapat tindak balas keberkesanan berguna kaedah pengajaran dalam melahirkan penuntut yang berpotensi besar dalam bidang teknologi maklumat. 
  • Dapat mengukuh ‘garis panduan’ penuntut supaya bertepatan dengan kehendak semasa. 
  • Dapat mengetahui keberkesanan Latihan Industri kepada diri para pelajar. 


PELAJAR

  • Dapat mempraktikkan teori-teori yang telah dipelajari semasa di kuliah. 
  • Mendedahkan penuntut dengan dunia pekerjaan dan kerjaya dalam bidang logistik. 
  • Membuktikan kemampuan tugas-tugas yang diberikan serta bersedia memikul beban tugas yang diberikan dan mengatasi masalah kerja dengan rasional dan berkesan. 
  • Merapatkan hubungan pelajar dengan organisasi tepat Latihan Industri dijalankan. 
  • Memberi kepercayaan ke atas majikan agar member peluang jika terdapat kekosongan pekerjaan di firma berkenaan. 
  • Menjadikan diri para pelajar kebih berkeyakinan dalam menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. 

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.