- Home »
- PENDAHULUAN
Windows 8 UI > Desgined By. Renadel Dapize
Syazwani
On 10 February 2016
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnianya dan keizinannya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya.Saya berasa gembira kerana latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan. Latihan ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar
Politeknik sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan .
Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk Bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan.Selain itu membolehkan pelajar melihat kaitan diantara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persedian untuk menempuh alam pekerjaan kelak.Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan untuk pelajar mencari maklumat yang diingini bagi menambah ilmu pengetahuan.
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.