Syazwani On 10 February 2016


LAPORAN TEKNIKAL 1

1. PENGIMABAS KOD BAR



Pengenalan Pengimbas kod bar

Pengimbas kod bar adalah alatan yang disambungkan dengan Komputer untuk membaca kod bar dengan betul dalam pelbagai cara. Antaranya terbalik, secara betul, dari sisi, dan sebagainya. Ia mengandungi sumber cahaya, cermin dan boleh membaca kod bar dan menukarnya kepada nombor. Ia berfungsi sama seperti papan kekunci yang selalu dibekalkan untuk setiap Komputer yang dibeli. Pengimbas Kod bar ini menghasilkan cahaya lampu untuk membaca kod bar yang diimbas.

Pengimbas kod bar ini digunakan hampir disemua kedai untuk tujuan pembelian dan penjualan. Pada masa sekarang, teknologi ini digunakan untuk menyenangkan kerja iaitu untuk membaca kod bar dan prossesnya tanpa perlu manaip setiap nombor yang terdapat pada kod bar. Penyimpanan data untuk kod bar ini sangat berfaedah kepada banyak perniagaan pada masa kini. Kod bar menyediakan cara kerja yang mudah dan murah kerana ia menggunakan alatan elektronik yang murah.

Pembangunan perisian untuk kod pengimbas dibangunkan untuk merekoddan menyimpan data-data produk dan pembekal sperti harga, alamat pembekal , nombor telefon pembekal, huraian tentang produk dan banyak lagi . Aplikasi ini boleh memaparkan kod bar yang diimbas di antaramuka yang dibina mengunakan Graphical User Interface (GUI).


Perisian yang digunakan untuk menyimpan data-data ini adalah microsofT excel dan text. Microsoft Office Access dijadikan sebagai pengkalan dara untuk menyimpan data-data penting.

Cara pemasangan (install)  Pengimbas Kod Bar (secara Praktikal) :

Cara pemasangan (install)  Pengimbas Kod Bar (secara teori) :

Langkah 1
  • Tutup perakaunan atau inventori permohonan syarikat anda jika ia adalah terbuka masa ini.

langkah 2

  • Masukkan cakera pemasangan pemandu untuk pengimbas kod bar USB ke dalam pemacu CD / DVD komputer. Tunggu untuk tetingkap wizard persediaan untuk muncul, kemudian klik "Pasang," "Pasang Scanner pemandu" atau lain butang nama yang sama atau pautan.
langkah 3
  • Ikut skrin pada meminta untuk memasang pemacu kod bar pengimbas USB dalam Windows. Selepas memasang pemandu pengimbas kod bar, but semula komputer jika diminta.

langkah 4

  • Ikut arahan pengilang pengimbas untuk memasang gunung untuk pengimbas USB kod bar di atas permukaan yang kukuh berhampiran komputer.
langkah 5
  • Sambungkan kabel pengimbas kod bar kepada port USB yang tidak digunakan pada komputer. Tunggu beberapa saat untuk Windows untuk mengesan peranti dan mengkonfigurasi pengimbas USB kod bar menggunakan pemandu yang anda dipasang dari cakera pemasangan.

langkah 6

  • Membuka aplikasi pemproses editor teks atau perkataan. Uji pengimbas dengan mengimbas kod bar dari label atau produk. Teks atau nombor kod bar akan muncul dalam dokumen itu selepas anda menarik picu pada pengimbas.

langkah 7

  • Buka perakaunan anda atau program inventori. Pengimbas USB barcode kini boleh digunakan.









LAPORAN TEKNIKAL 2


2. PENGAGIHAN POCKET BOOK PBS

Pengenalan PBS


Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.[1]

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
 


Tugasan :

Sepanjang pada minggu pertama selepas saya melaporkan diri, saya di tempatkan di unit Akademik. Apabila saya ditempatkan di unit itu , saya telah mendapat tugasan untuk mengagihkan pocket book berkaitan dengan PBS kepada setiap sekolah.

Setelah mereka sudah mengambil pocket book tersebut, mereka hendaklah menandatangani di satu surat perakuan telah menerima pocket book tersebut pada bilangan yang cukup.

Kemudian saya akan menelefon pihak sekolah yang masih belum mengambil lagi pocket book tersebut untuk mengambilnya di Pejabat Pendidikan Daerah di Unit Akademik.


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.