- Home »
- INFO UNIT
Windows 8 UI > Desgined By. Renadel Dapize
Syazwani
On 10 February 2016
INFO UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
Senarai Tugas : Penolong PPD ( Hal Ehwal Murid )Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah ke atas perkara-perkara berikut :
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program / aktiviti HEM meliputi aspek : Buku Teks, Asrama, Biasiswa, RMT, Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) dan kesihatan.
- Menyelaras hal-hal berkaitan kaunseling , disiplin dan kehadiran murid ke sekolah.
- Merancang, menyelaras, dan memantau aktiviti kokurikulum dan kokurikulum akademik meliputi kelab, persatuan dan badan beruniform.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan pendidikan wajib sekolah selamat.
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program sukan peringkat sekolah, daerah dan negeri
Senarai Tugas: Penolong PPD Ko Akademik/Penyelia Kokurikulum
SENARAI TUGAS UNIT KOKURIKULUM / KOAKADEMIK :
- Mengumpul dan menganalisis data-data penglibatan murid dalam semua program dan aktiviti kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta mengemaskinikan dari semasa ke masa.
- Mengurus dan mengelolakan aktiviti unit uniform, perkembangan koperasi sekolah, kokurikulum akademik dan penubuhan kelab-kelab dan persatuan dalam daerah.
- Membantu merancang, melaksana dan menilai program pembangunan dan kemudahan Pusat Kolurikulum sebagai tempat latihan bagi pelajar-pelajar, guru-guru dan pengurusan sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam bidang motivasi, ketahanan fizikal/lasak,ketahanan mental, kepimpinan, kemahiran dan pengurusan melalui aktiviti Pendidikan Luar.
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
AKADEMIK
- Membuat pemantauan pengurusan kurikulum sekolah mingikut Bidang Mata Pelajaran
- Membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah rendah dan menengah mengikut Bidang Mata Pelajaran
- Merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah (UPSR, Tingkatan 3, SPM, STPM)
- Menguruskan dan melantik panitia mata pelajaran Daerah Kinta Utara.
- Menguruskan pengagihan penghulu sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara
- Menyelaras pelaksanaan penilaian dan peperiksaan awam di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan Peperiksaan Luar Negeri
- Merancang pengurusan dan pengendalian peperiksaan di bawah kelolaan LPM secara telus dan adil untuk menjamin tercapainya objektif pendidikan berkualiti.
- Memantau, menyelia dan melaksana peperiksaan awam akur dengan prosedur dan tatacara pengendalian peperiksaan awam yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, MPM BPG dan Badan Luar peperiksaan luar negeri
LINUS
- Pegawai FasiLinus bertanggungjawab kepada sekolah-sekolah di daerahnya berdasarkan nisbah 1:30.
- Memastikan segala maklumat berkaitan Program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah melalui media cetak, media elektronik, taklimat/ kursus/ bengkel/ mesyuarat.
- Mengadakan dan menyelaras latihan-latihan on-site (di sekolah/ PKG/ premis kerajaan) kepada guru LINUS sekurang-kurangnya 18 jam setahun.
UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN BEKALAN
A.PEMBANGUNAN DAN BEKALAN
- Pengurusan Projek Pembangunan.
- Mengendali Data Pendidikan Peringkat Daerah.
- Membantu Jabatan Pendidikan Perak merancang pemetaan dan keperluan membangunkan sekolah.
- Membantu Jabatan Pendidikan Perak mengawasi kerja-kerja pembangunan dan mengambil alih bangunan.
- Menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
B.PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
- Merancang dan mengurus kajian keperluan permohonan sekolah untuk melaksanakan penyelenggaraan ubah suai, dan naik taraf.
- Mengurus dan melaksanakan lawatan tapak, menyiasat dan menilai kerosakan fizikal sekolah, asrama, makmal komputer, prasekolah dan rumah guru bagi menentukan keperluan dan kesesuaian sesuatu kerja yang perlu dibuat.
- Merancang dan mengurus Anggaran Belanja Mengurus (ABM) serta memohon peruntukan kewangan.
C. PENGURUSAN BEKALAN PERABOT & PERALATAN
- Membuat kajian keperluan perabot dan peralatan yang diperlukan oleh sekolah dan asrama.
- Menyelia penghantaran dan penerimaan bekalan dan peralatan perabot ke sekolah.
- Menyelia pengurusan stok dan inventori bagi bekalan perabot dan peralatan disekolah dan asrama perlu dibuat.
- Merancang dan mengurus Anggaran Belanja Mengurus (ABM) serta memohon peruntukan kewangan.
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
PENGURUSAN GURU
- Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah dan menengah dan institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD
- Penempatan dan pertukaran guru dalam daerah
- Mengurus temuduga, lantikan dan penempatan guru ganti
- Panel pergerakan guru dan pegawai
- Mengurus pelantikan pentadbir sekolah
PENGURUSAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
- Penempatan dan kemasukan murid di daerah
- Pendaftaran kemasukan murid asing
- Mengurus kebenaran mengutip derma
- Mengurus penempatan murid ke Kelas Rancangan Khas (KRK)
- Memproses pendaftaran murid Bukan Warganegara (MBWN) bersekolah di Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
- Data dan Maklumat Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dam Prasekolah
- Hal Ehwal Personal Pengurusan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah
- Pelaksanaan dan Peluasan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah
- Penyelarasan Pelaksanaan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan prasekolah Periongkat JPN dan Agensi Luar
- Pengurusan Am
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Perkhidmatan kaunseling
- Perkhidmatan peningkatan kemahiran kaunseling
- Program ujian psikologi dan inventori kaunseling
- Program pencegahan dan pembangunan diri
PENDIDIKAN KHAS
- Merancang dan mengurus penempatan dan pertukaran murid ke program pendidikan dan pemulihan khas.
- Merancang dan mengurus penempatan dan pertukaran guru program pendidikan dan pemulihan khas.
- Merancang, mengurus dan melapor pemantauan Unit Pengurusan Sekolah.
INFO UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)
1. Pengurusan Aplikasi Emis Online Daerah
2. Pengurusan e-Prestasi Daerah
3. Pengurusan Sub-NKRA Daerah
4. Pengurusan e-SPKB Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
5. Pengurusan e-Perolehan Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
6. Pengurusan e-Terimaan Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
7. Pengurusan GPKI Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
8. Pengurusan Sistem Rangkaian Dalaman
9. Pengurusan Aset ICT
10. Pengurusan pemantauan dan penyelenggaraan Aset ICT dan 1Bestarinet
11. Pengurusan Laman Sesawang Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
12. Bidang Umum
2. Pengurusan e-Prestasi Daerah
3. Pengurusan Sub-NKRA Daerah
4. Pengurusan e-SPKB Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
5. Pengurusan e-Perolehan Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
6. Pengurusan e-Terimaan Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
7. Pengurusan GPKI Unit Kewangan Pejabat Pelajaran Daerah
8. Pengurusan Sistem Rangkaian Dalaman
9. Pengurusan Aset ICT
10. Pengurusan pemantauan dan penyelenggaraan Aset ICT dan 1Bestarinet
11. Pengurusan Laman Sesawang Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
12. Bidang Umum
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI - NoorSyazwaniZamri. Powered by Blogger.